Proses menjahit baju pengantin yang asas sebelum menambah perincian pada baju tersebut memerlukan penelitian.Kehalusan tangan menjahit baju tersebut akan membuatkan si pemakai berasa selesa apabila mengenakan pakaian tersebut.Kekemasan jahitan baju juga akan membuatkan si pemakai berasa bangga dan puas hati apabila menyarung persalinan yang tampak elegen.
Sebelum jahitan tangan di mulakan,kerja-kerja mengukur bentuk badan perlu dibuat supaya pelanggan boleh membuat permintaan sama ada ingin melebarkan sebanyak beberapa inci supaya baju tidak terlalu sendat atau terlalu ketat.
Kain perlu di letak di atas permukaan yang rata dan luas sesuai dengan saiz ukuran yang telah di ambil kira.Selepas itu,puan Siti Zabedah akan meletakkan peniti pada kain tersebut supaya kain tidak mudah beranjak.
Setelah kain betul-betul tegang dan rata,Puan Siti Zabedah mengukur kain untuk di potong dan bahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk kain sarung dan satu lagi bahagian untuk jahitan baju.
Selepas itu,Puan Siti Zabedah memindahkan ukuran badan pelanggannya ke atas kain yang dipilih oleh pelanggannya.Setelah menandakan ukuran badan ke atas kain,Puan Siti Zabedah akan meletakkan peniti disetiap ukuran yang telah beliau tandakan.Jika jarum peniti tidak digunakan,mungkin kain tersebut akan beranjak dan menyebabkan penanda ukuran tersebut menjadi salah.
Selepas itu,kain digunting mengikut penanda ukuran yang telah ditanda.Pemotongan yang perlahan perlulah dibuat supaya kain tersebut tidak mudah beralih-alih.
Setelah mengukur dan memotong bahagian baju,Puan Siti Zabedah akan membuat proses yang sama untuk bahagian kain sarung pula iaitu mengukur,menanda dan memotong kain.
Proses jahitan tepi kain di buat pada semua kain yang telah siap dipotong kerana dapat memudahkan jahitan setetusnya.Selain daripada itu,jahitan tepi kain juga akan membuatkan baju pada bahagian dalam menjadi kemas dan kain tersebut tidak berburas.
Selepas proses jahitan tepi kain,proses-proses mencantum kain pula dilakukan.Potongan-potongan kain yang telah dibuat jahitan tepi akan dicantum mengikut bahagian-bahagiannya seperti tangan dan badan baju.Selepas semua bahagian baju dicantum,zip baju akan diletakkan pada bahagian yang sesuai.Zip baju kebiasaannya akan diletakkan pada bahagian belakang dan bahagian tepi baju di pemakai.
Setelah semua bahagian baju selesai dicantum dan zip telah dijahit,Puan Siti Zabedah akan meletakkan span pada bahagian bahu si pemakai supaya baju itu akan kelihatan cantik dan struktur badan si pemakai pula akan kelihatan cantik.
Baju yang telah siap dijahit akan di seterika supaya baju tersebut kelihatan cantik dan tidak berkedut.
Baju tersebut akan ditambahkan perincian supaya ia akan kelihatan menarik dan akan membuatkan si pemakai bertambah elegen di hari bahagia.
No comments:
Post a Comment