Saturday, November 15, 2014

BAJU KURUNG






          Baju Kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu.Baju Kurung terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan.Baju Kurung Lelaki juga dikenali sebagai Baju Melayu.Ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia dan Brunei,juga boleh didapati di Indonesia,Singapura dan Thailand.

          Terdapat dua jenis Baju Kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang.Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia.Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan,majlis agama dan majlis rasmi.Di Malaysia,secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah.Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.

          Selaras dengan peredaran zaman,kini pelbajai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu.Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian,namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan.Bezanya,rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.
                                         

                                                 


          Selain terdapat perubahan pada potongan dan bentuknya,untuk menghasilkan rekaan yang lebih moden dan kreatif,baju kurung juga dihiasi dengan sulaman,kerawang,manik mahupun labuci.Material untuk menghasilkan baju kurung juga turut berubah.Kini,terdapat pelbagai pilihan material antaranya satin,organza,chiffon,sutera,batik,linen dan banyak lagi.Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau majlis yang hendak dihadiri selain cuba meniru gaya potongan asing yang mungkin bertujuan untuk kelihatan lebih anggun.Kini terdapat pelbagai variasi baju kurung dan ia dikenali sebagai Baju Kurung Moden.

          Walaupon baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai,namun rekaannya masih sama.Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keanggunan budaya Melayu.



                               











Saturday, November 1, 2014

PROSES-PROSES MENJAHIT



Proses menjahit baju pengantin yang asas sebelum menambah perincian pada baju tersebut memerlukan penelitian.Kehalusan tangan menjahit baju tersebut akan membuatkan si pemakai berasa selesa apabila mengenakan pakaian tersebut.Kekemasan jahitan baju juga akan membuatkan si pemakai berasa bangga dan puas hati apabila menyarung persalinan yang tampak elegen.

Sebelum jahitan tangan di mulakan,kerja-kerja mengukur bentuk badan perlu dibuat supaya pelanggan boleh membuat permintaan sama ada ingin melebarkan sebanyak beberapa inci supaya baju tidak terlalu sendat atau terlalu ketat.


Kain perlu di letak di atas permukaan yang rata dan luas sesuai dengan saiz ukuran yang telah di ambil kira.Selepas itu,puan Siti Zabedah akan meletakkan peniti pada kain tersebut supaya kain tidak mudah beranjak.


Setelah kain betul-betul tegang dan rata,Puan Siti Zabedah mengukur kain untuk di potong dan bahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk kain sarung dan satu lagi bahagian untuk jahitan baju. 



Selepas itu,Puan Siti Zabedah memindahkan ukuran badan pelanggannya ke atas kain yang dipilih oleh pelanggannya.Setelah menandakan ukuran badan ke atas kain,Puan Siti Zabedah akan meletakkan peniti disetiap ukuran yang telah beliau tandakan.Jika jarum peniti tidak digunakan,mungkin kain tersebut akan beranjak dan menyebabkan penanda ukuran tersebut menjadi salah.


Selepas itu,kain digunting mengikut penanda ukuran yang telah ditanda.Pemotongan yang perlahan perlulah dibuat supaya kain tersebut tidak mudah beralih-alih.


Setelah mengukur dan memotong bahagian baju,Puan Siti Zabedah akan membuat proses yang sama untuk bahagian kain sarung pula iaitu mengukur,menanda dan memotong kain.


Proses jahitan tepi kain di buat pada semua kain yang telah siap dipotong kerana dapat memudahkan jahitan setetusnya.Selain daripada itu,jahitan tepi kain juga akan membuatkan baju pada bahagian dalam menjadi kemas dan kain tersebut tidak berburas.




Selepas proses jahitan tepi kain,proses-proses mencantum kain pula dilakukan.Potongan-potongan kain yang telah dibuat jahitan tepi akan dicantum mengikut bahagian-bahagiannya seperti tangan dan badan baju.Selepas semua bahagian baju dicantum,zip baju akan diletakkan pada bahagian yang sesuai.Zip baju kebiasaannya akan diletakkan pada bahagian belakang dan bahagian tepi baju di pemakai.


Setelah semua bahagian baju selesai dicantum dan zip telah dijahit,Puan Siti Zabedah akan meletakkan span pada bahagian bahu si pemakai supaya baju itu akan kelihatan cantik dan struktur badan si pemakai pula akan kelihatan cantik.


Baju yang telah siap dijahit akan di seterika supaya baju tersebut kelihatan cantik dan tidak berkedut.


Baju tersebut akan ditambahkan perincian supaya ia akan kelihatan menarik dan akan membuatkan si pemakai bertambah elegen di hari bahagia.


















Friday, October 17, 2014

1st POST


18TH OKTOBER 2014



           Sulaman manik timbul dengan menggunakan teknik peyote kini menjadi trend dalam fesyen bermanik.Setiap untaian manik-manik ini memerlukan ketekunan yang tinggi selain menuntut kesabaran dan minat terhadap sulaman manik.


perincian manik sarat









ISTILAH SULAMAN MANIK 3D

Teknik manik 3D adalah jahitan manik atau perincian bunga bungaan yang mempuanyai ketinggian,lebar perincian dan timbulnya perincian-perincian tersebut.Teknik 3D ini sebenarnya di ambil dari teknik asal peyote.Selain daripada teknik peyote,anda juga boleh menghasilkan rekaan sulaman manik 3D.Ini kerana elemen yang sama boleh digunakan dalam menghasilkan rekaan sulaman manik 3D yang menarik.







perincian manik-manik dan bunga-bunga 3D







Timbunan bunga-bunga 3D yang menarik menambahkan lagi seri pada pakaian pengantin




Selain daripada itu.bahan-bahan sokongan seperti dawai halus,tali tangsi dan sebagainya digunakan untuk menjadikan rekaan sulaman 3D itu betul-betul nampak semulajadi dan tegap.Bahan-bahan sokongan ini dapat menimbulkan ciri-ciri 3D itu sendiri yang mempunyai rangka bagi membolehkan ia membentuk isipadu yang sempurna.Malah,penggunaan warna cerah dan gelap juga perlu dalam menghasilkan tona warna yang 3D.Jika tidak,ia tidak akan kelihatan semulajadi.








Sunday, October 12, 2014

POTONGAN BJU YANG MODERN DAN PERINCIAN YANG EkSKLUSIF





Perincian manik yang eksklusif membuatkan anda menjadi ratu sehari yang di idam-idamkan setiap org.Anda juga boleh membuat rekaan baju pilihan anda pada hari bahagia anda.Potongan baju yang dihasilkan akan membuatkan anda tampil bergaya dengan yakinnya untuk memakai persalinan yang serba gah ini.




Perincian manik-manik ini dijahit sendiri oleh pengusaha jenama Zatey Zaki.Sulaman manik yang pelbagai membuatkan anda tampil glamour di hari bahagia anda.