18TH OKTOBER 2014
Sulaman manik timbul dengan menggunakan teknik peyote kini menjadi trend dalam fesyen bermanik.Setiap untaian manik-manik ini memerlukan ketekunan yang tinggi selain menuntut kesabaran dan minat terhadap sulaman manik.
perincian manik sarat
ISTILAH SULAMAN MANIK 3D
Teknik manik 3D adalah jahitan manik atau perincian bunga bungaan yang mempuanyai ketinggian,lebar perincian dan timbulnya perincian-perincian tersebut.Teknik 3D ini sebenarnya di ambil dari teknik asal peyote.Selain daripada teknik peyote,anda juga boleh menghasilkan rekaan sulaman manik 3D.Ini kerana elemen yang sama boleh digunakan dalam menghasilkan rekaan sulaman manik 3D yang menarik.
perincian manik-manik dan bunga-bunga 3D
Timbunan bunga-bunga 3D yang menarik menambahkan lagi seri pada pakaian pengantin
Selain daripada itu.bahan-bahan sokongan seperti dawai halus,tali tangsi dan sebagainya digunakan untuk menjadikan rekaan sulaman 3D itu betul-betul nampak semulajadi dan tegap.Bahan-bahan sokongan ini dapat menimbulkan ciri-ciri 3D itu sendiri yang mempunyai rangka bagi membolehkan ia membentuk isipadu yang sempurna.Malah,penggunaan warna cerah dan gelap juga perlu dalam menghasilkan tona warna yang 3D.Jika tidak,ia tidak akan kelihatan semulajadi.